Tuesday, 12 March 2013

0 video

NEXT - video

Friday, 27 April 2012

0 MISI SEKOLAH


MISI SEKOLAH


MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI DAN MENYELURUH UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.



PENYATAAN MISI

Ø Berusaha memberikan perkhidmatan pendidikan yang cemerlang, berkesan dan mencapai Standard Guru Malaysia
Ø Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
Ø Menjana generasi murid cemerlang yang beriman, bermoral, beriltizam, berdaya saing dan berketrampilan
Ø Mengukuhkan hubungan dengan stakeholder dan komuniti setempat bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan
Ø Memartabatkan profesion keguruan ke arah kecemerlangan pendidikan
NEXT - MISI SEKOLAH

0 VISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

SK KAMPONG CHEGAR
MENJADI SEKOLAH TERBILANG
 DI DAERAH PENDANG, KEDAH
PADA TAHUN 2015



PENYATAAAN VISI

SK KAMPONG CHEGAR
BERHASRAT UNTUK
MELAHIRKAN KEMENJADIAN MURID
YANG CEMERLANG DALAM ASPEK
 FIZIKAL, INTELEKTUAL, ROHANI, EMOSI DAN SOSIAL MELALUI PENGURUSAN PENDIDIKAN BERKUALITI
MENEPATI
STANDARD GURU MALAYSIA
NEXT - VISI SEKOLAH

0 FALSAFAH DAN OBJEKTIF SEKOLAH

FALSAFAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kampong Chegar  merupakan sebuah institusi pendidikan yang sentiasa mengutamakan kualiti dalam pendidikan asas yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak dan sosial



OBJEKTIF SEKOLAH

1.         Semua murid normal dapat menguasai 4M (KSSR)
2.       Prestasi UPSR sentiasa meningkat
3.       Wujud budaya membaca di kalangan murid dan guru
4.       Membina sahsiah yang tinggi
5.       Meningkatkan taraf professionalisme staf
6.Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
NEXT - FALSAFAH DAN OBJEKTIF SEKOLAH

0 SEJARAH PERKHIDMATAN GURU BESAR SKKC


ANTARA GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI IALAH :

                        1.  EN. IBRAHIM BIN HJ. ARSHAD           »          01.01.1958 – 18.03.1971
                        2.  EN. SHATRI BIN AHMAD                   »          10.04.1971 – 31.08.1975
                        3.  EN. NORDIN BINHJ. ABD. MAJID      »          01.06.1976 – 31.12.1979
                        4.  EN. ABD. HAMID BIN HJ. AHMAD      »          01.01.1980 – 31.01.1989
                        5.  EN. JUSOH BIN MAT                                    »          01.02.1989 – 16.04.1994
                        6.  EN. MANSOR BIN HJ. IDRIS             »          16.04.1994 – 15.06.1997
                        7.  EN. MARUAN BIN ABDULLAH                        »          16.06.1997 – 15.12.2000
                        8.  PN. NORZIHAN BINTI ATAN               »          16.12.2000 – 16.04.2011
                        9. EN. ABDUL ALIM BIN KASIM              »          16.04.2011 - SEKARANG



                                      
NEXT - SEJARAH PERKHIDMATAN GURU BESAR SKKC

0 SEJARAH PENUBUHAN SKKC

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1955 atas sumbangan masyarakat sekitar yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Ahmad Radbaz bin Haji Awang dan menantunya.  Luas kawasan sekolah ialah 6.25 relong dan 2 relong daripadanya diwakaf oleh Tuan Imam Kampong Chegar.

                Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1963 oleh YTM Tengku Bendahara Kedah iaitu Tengku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Kemudian, sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Dato’ Sanusi bin Junid D.S.D.K., S.M.K. Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada hari Ahad 13.3.1983 bersamaan 28 Jamadil Awal 1403.

                Sekolah ini terletak dalam daerah Pendang, kira-kira 3 kilometer dari bandar Pendang.  Lokasinya di tepi jalan menuju ke Felda Sungai Tiang.  Jarak antara sekolah ini ke PPD Pendang ialah 15 km.  Manakala ke JPN ialah 32 km.

                Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan iaitu:

a)                   Bangunan A menempatkan kelas Tahun 4 dan Tahun 5
b)                   Bangunan B menempatkan Bilik Pendidikan Pemulihan, Bilik Guru, Bilik Kesihatan dan Bilik Cetak
c)                   Bangunan C menempatkan kelas Tahun 6, Pejabat Sekolah, Bilik j-Qaf, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Mesyuarat, Bilik Pekerja, Stor Sukan dan Tandas Guru.
d)                   Bangunan D menempatkan kelas tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Kedai Koperasi, Tandas Guru dan Tandas Murid.

Antara bangunan lain yang terdapat di sekolah ini ialah sebuah Makmal Komputer (siap dibina dan mula digunakan pada awal tahun 2002), Pra Sekolah (didirikan pada tahun 2004 dan memula persekolahannya pada tahun 2005), Kelas j-Qaf (mula dilaksanakan pada tahun 2007), Kantin, Surau, Rumah Guru, Garaj Kereta dan Bangsal Basikal Murid.  Terdapat juga kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan telefon.  Pada akhir tahun 2010, rumah Guru telah diubahsuai untuk dijadikan PraSekolah.  PraSekolah ini mula beroperasi pada tahun 2011.

Sekolah ini mempunyai padang permainan tetapi sebahagiannya telah didirikan bangunan tambahan.  Sehubungan itu, padang ini semakin sempit.

 Majoriti penduduk di kawasan sekitar sekolah ini terdiri daripada bangsa Melayu.  Semua murid sekolah ini adalah berbangsa Melayu.  Penduduk sekitarnya bekerja sebagai pesawah, penoreh getah, peniaga, bekerja dengan kerajaan dan sektor swasta.  Kampong-kampong sekitar sekolah ini terdiri daripada Kampong Chegar, Kampong Paya Nedam, Kampong Gajah Mati, Kampong Changkat Nering, Kampong Lahar Buaya dan Kampong Batu Hampar.

NEXT - SEJARAH PENUBUHAN SKKC

Hubungi

Sebarang pertanyaan email kami ke skchegar@gmail.com atau dail 047411834
 

Blog Rasmi SK Kampong Chegar | Copyright © 2012